My Add

Friday 16 November 2012

Barang kemas curi dicari, pakaian dalam ditemui

BANGKOK, j, JUMAAT, 16 November, 2012: Polis Thailand menemui pelbagai jenis pakaian dalam wanita yang dicuri di sebuah rumah seorang suspek perompak, iaitu tangkapan kedua ke atas lelaki itu berhubung mencuri pakaian tahun ini.

Danai Raiwech, 48, ditangkap di rumahnya di subbandar Bangkok semalam selepas pihak polis menggeledah rumahnya berhubung rompakan barang kemas bernilai AS$325,000 (RM1 juta).

Isterinya didapati memakai barang kemas yang dicuri itu tetapi ketika menggeledah rumah berkenaan, pihak polis sebaliknya menemui berbeg-beg pakaian dalam yang disorok.

"Dia cenderung berminat dengan pakaian dalam dan menggunakannya untuk tujuan onani," kata Kolonel Polis Napanwut Liamsanguan kepada AFP.

"Suspek mengumpul seluar dalam ini sejak beberapa tahun lalu, mencurinya dari rumah-rumah atau apartmen dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Saya berhenti menghitung seluar dalam ini pada helaian ke-2,000 tetapi saya pasti ada lebih 5,000 helai lagi," katanya.

Isteri suspek menyedari masalah yang dihadapi suaminya tetapi lelaki itu enggan menemui doktor, tambah polis.

Januari lalu pihak polis menemui lebih 1,000 jenis pakaian dalam yang disorok di dalam kereta Danai selepas dia ditahan kerana disyaki mencuri, manakala beberapa ribu lagi ditemui di rumahnya ketika pemeriksaan dibuat.

Dia pernah didakwa beberapa kali atas tuduhan mencuri dan mengumpul pakaian dalam wanita sejak berusia 18 tahun.

Napanwut berkata, suspek akan didakwa atas pertuduhan merompak barang kemas tetapi agak sukar untuk menjatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri pakaian dalam kerana pemiliknya perlu membuat laporan polis terlebih dahulu. - AFP

No comments:

Post a Comment