My Add

Tuesday 6 November 2012

Bayi baru lahir ditinggalkan atas buaian

 *KAKITANGAN Jabatan Pertahanan Awam memeriksa bayi yang ditemui
 di hadapan sebuah rumah di Jalan Raja Uda, Butterworth, Pulau
Pinang, semalam.
BUTTERWORTH, ISNIN, 05 November, 2012: Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah teres setingkat di Jalan Teratai, Raja Uda di sini awal pagi ini.

Bayi berkulit cerah dan cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan antara tiga hingga empat jam sebelum ditemui seorang pembantu rumah warga Indonesia yang keluar dari rumah itu untuk mencuci lantai rumah berkenaan pada pukul 5.30 pagi.

Bayi itu diletakkan di atas buaian di depan garaj rumah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu segera menghantar anggota polis ke tempat kejadian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment