My Add

Sunday 18 November 2012

Bayi berusia 18 bulan maut dalam serangan Israel ke atas Gaza

GAZA,, AHAD, 18 November, 012:: Bayi berusia 18 bulan maut dalam serangan terbaru Israel di tengah Gaza dan mencederakan dua adik beradik hari ini, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan.

Bayi malang itu bernama Iyyad Abu Khusa.

"Bayi berusia 18 bulan terbunuh dalam serangandi timur Bureij (khemah pelarian) di tengah Gaza," kata jurucakap, Adham Abu Selmiya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, dua kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan masing-masing berusia empat dan lima tahun dikatakan "dalam keadaan kritikal".

Serangan terbaru Israel itu menjadikan angka kematian sejak Rabu lalu kepada 47 orang manakala lebih 450 cedera. - AFP

No comments:

Post a Comment