My Add

Monday 5 November 2012

Beban kerja pegawai JKM melebihi piawaian

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 November, 2012: Beban kerja pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negara ini 10 kali ganda lebih berat berbanding piawaian antarabangsa, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie.

Beliau berkata, nisbah pelanggan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi seorang pegawai JKM adalah 1:35 tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan di Malaysia 1:350.

"Jadi, ini bermaksud beban kerja bagi setiap pegawai JKM adalah 10 kali ganda lebih daripada piawaian antarabangsa.

"Oleh itu, saya mohon kepada semua anggota Parlimen dan masyarakat lebih bertimbang rasa sekiranya proses permohonan itu kadang kala lewat,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, di sini hari ini.

Katanya, kementerian itu sedang menunggu keputusan berhubung permohonan menambah bilangan pegawai JKM. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment