My Add

Sunday 11 November 2012

Bekas pelatih PLKN digalak sertai Wataniah

 *ISMAIL Ahmad (depan) bersama pegawai kanan Tentera Darat sertapara jurulatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Majlis Pelancaran Askar Wataniah PLKN di Kem Permata Resort, Alor Gajah, semalam.
ALOR GAJAH, SABTU, 10 November, 2012: Jurulatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) digalak menyertai Askar Wataniah sebagai salah satu usaha membantu kerajaan menggerakkan semangat sukarelawan di kalangan belia di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, penglibatan jurulatih dan bekas pelatih program itu dalam Askar Wataniah juga dilihat sebagai langkah awal bagi mendorong pelatih PLKN untuk turut serta selepas menamatkan latihan.

Menurutnya, pada masa ini Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang disertai bekas pelatih dan para jurulatih program itu sahaja disaran menyertai Askar Wataniah supaya mereka dapat mengendalikan kursus PLKN dengan lebih mantap dan berkesan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment