My Add

Friday 2 November 2012

Belanjawan 2013 Pulau Pinang diunjur defisit RM262.04 juta

GEORGETOWN, JUMAAT, 02 November, 2012: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini membentangkan Belanjawan 2013 dengan unjuran mengalami defisit sebanyak RM262.04 juta.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata defisit itu adalah RM48.33 juta lebih besar daripada anggaran defisit tahun lalu iaitu RM213.71 juta.

"Defisit itu mengambil kira jangkaan hasil tahun 2013 sejumlah RM708.52 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM970.56 juta," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

"Anggaran defisit atau kekurangan RM262.04 juta itu dijangka dapat dibiayai daripada simpanan terkumpul negeri yang berbaki RM710.81 juta pada akhir 2011," katanya.

Belanjawan Pulau Pinang 2013 berjumlah RM970.56 juta itu bertema Agenda Ekonomi Saksama yang bermatlamat mensejahterakan kebajikan rakyat serta membasmi kemiskinan.

Ketua Menteri berkata untuk membasmi kemiskinan di negeri ini, kerajaan negeri akan nilai pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM770 sebulan.

Katanya program itu dijangka melibatkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta setahun.

"Pendapatan minimum bulanan bagi setiap isi rumah daripada RM600 sekarang (akan ditingkatkan) kepada RM770 iaitu pada kadar yang melebihi garis kemiskinan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment