My Add

Sunday 18 November 2012

Beri tumpuan terhadap CSR - Raja Muda Perlis

ARAU, AHAD, 18 November, 2012: Syarikat-syarikat korporat diminta supaya memberi komitmen terhadap masyarakat dengan memberi penumpuan terhadap program berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup semua pihak iaitu pekerja, ahli keluarga mereka dan komuniti setempat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagi tujuan tersebut, syarikat-syarikat korporat mesti sentiasa bersikap kreatif dalam melaksanakan aktiviti CSR masing-masing agar berkesan dan menepati sasaran.

"Antaranya menyumbang ke arah kestabilan syarikat dan keuntungan korporat jangka panjang, menjalin hubungan erat antara organisasi dengan masyarakat tanpa mengira status dan mencipta sesuatu di luar kebiasaan yang dapat memberi gambaran jelas tentang perkhidmatan ditawarkan," titah baginda sempena Jualan Amal CSR-Malaysian Industrial Finance Berhad (MIDF) 2012 di pekarangan Kompleks C-Mart di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment