My Add

Sunday 11 November 2012

Betty Chew 'cabuli' kemuliaan DUN Pulau Pinang?

PULAU PINANG, SABTU, 10 November, 2012: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Teng Chang Yeow menyifatkan tindakan isteri Ketua Menteri, Lim Guan Eng duduk di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai 'mencabuli' kemuliaan dewan berkenaan.

Tegasnya, beliau terkejut dengan kejadian itu kerana Betty Chew sepatutnya duduk di tempat yang dikhaskan untuk orang awam.

"Saya mempersoalkan tindakan Speaker DUN yang membenarkan Betty duduk di kawasan berkenaan. Tidak kira siapa selagi bukan merupakan ahli dewan atau pegawai kerajaan yang diberi mandat, seseorang itu tidak sepatutnya duduk di situ.

"Speaker kena faham, DUN ada protokol dan bukan boleh berbuat sesuka hati kerana DUN bukan bilik mesyuarat parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya BN DUN Batu Maung di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment