My Add

Friday 2 November 2012

Biro Pengaduan Awam selesai 9,679 aduan Jan-Sept

PUTRAJAYA, JUMAAT, 02 November, 2012: Biro Pengaduan Awam (BPA) di Jabatan Perdana Menteri berjaya menyelesaikan 8,653 atau 89.4 peratus daripada aduan yang diterima dalam suku ketiga tahun ini.

BPA dalam kenyataan hari ini menyebut sejumlah 9,679 aduan diterima antara 1 Jan hingga 30 Sept.

"Sejumlah 5,812 aduan atau 60 peratus adalah terhadap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan, dan daripada jumlah itu, sebanyak 5,227 atau 90 peratus telah selesai.

"Sebanyak 3,867 aduan atau 40 peratus adalah aduan terhadap agensi-agensi kerajaan negeri dan daripada jumlah itu, sebanyak 3,426 aduan atau 88.6 peratus telah selesai," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment