My Add

Saturday 17 November 2012

BN janji terus bela nasib rakyat: Najib

SUNGAI SIPUT, SABTU, 17 November, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan terus memperjuangkan nasib rakyat termasuk kaum India di negara ini jika terus diberi mandat pada PRU-13 nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun kerajaan selama ini berjaya mengubah nasib rakyat, banyak lagi usaha perlu dibuat ke arah itu.

"Jika diberi mandat baru pd BN, saya jamin usaha itu bukan saja diteruskan tetapi diperhebatkan pada masa akan datang," katanya berucap di hadapan lebih 25,000 tetamu sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak di sini, sebentar tadi.

Najib turut mengajak rakyat berpegang kepada prinsip saling percaya mempercayai antara rakyat pelbagai kaum. - BH

No comments:

Post a Comment