My Add

Tuesday 27 November 2012

BN kekalkan keamanan, kestabilan negara: Muhyiddin

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Barisan Nasional (BN) adalah parti yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, berlandaskan prinsip dan kerjasama yang terjalin antara parti komponen.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, berpandu kepada prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan dan kesungguhan politik untuk bekerjasama dengan parti komponen membolehkan perbincangan dilakukan serta menyelesaikan sesuatu isu, walaupun ia membabitkan isu besar.

"Mengelakkan konflik adalah jalan terbaik berbanding berusaha menamatkan konflik bagi melindungi rakyat daripada keganasan dan kemusnahan.

"Ia adalah kehendak untuk kehidupan yang aman dan harmoni dalam semangat kebersamaan antara rakyat pelbagai kaum, etnik dan agama," katanya ketika berucap menutup Forum Antarabangsa UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 bertajuk "Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat-Melihat kehadapan atau kebelakang?".

Penyertaan peserta bagi forum itu meningkat kepada 127 delegasi berbanding 80 tahun lalu. - BH

No comments:

Post a Comment