My Add

Thursday 15 November 2012

BN Selangor lancar radio internet selangorbn.fm

SHAH ALAM, RABU, 14 Nov.EMBER, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengumumkan radio internetnya yang akan memulakan operasi Sabtu ini.

Radio yang akan beroperasi selama 24 jam itu boleh diakses melalui laman web www.selangorbn.fm atau dimuat turun aplikasi Tune In bagi pengguna telefon pintar.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, radio itu diwujudkan bagi memberi maklumat jelas kepada rakyat khususnya di negeri ini mengenai usaha yang sedang lakukan kerajaan BN untuk kebaikan rakyat.

Beliau berkata, ia juga berfungsi sebagai alat perkongsian maklumat dengan rakyat terutama tentang isu-isu semasa yang berlaku di Selangor selain memberi peluang kepada orang ramai mengutarakan aduan atau masalah mereka.

"Setakat ini terdapat 10 segmen yang disusun secara interaktif untuk pendengar radio BN Selangor antaranya Kapsul Pagi, Bual Bicara, Lagu Permintaan, Aduan Rakyat, Resipi Selebriti dan Bersama Pemimpin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment