My Add

Sunday 11 November 2012

BN telah lama perjuang negara berkebajikan

KUALA LUMPUR SABTU, 10 November, 2012: Konsep negara berkebajikan yang mahu diperjuangkan Pas selepas parti itu membentuk pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah lama diperkenalkan UMNO.

Seorang ahli akademik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Yusof Muhammad berkata, sedar atau tidak UMNO serta Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang telah mempelopori konsep tersebut sehingga Malaysia dan rakyatnya berada pada kedudukan sekarang.

Beliau berkata, banyak antara dasar-dasar kerajaan terutamanya soal-soal berkaitan kebajikan rakyat mencerminkan Malaysia telah lama menggunakan konsep negara berkebajikan.

"Sebagai contoh, di Malaysia para pekerja dan majikan wajib mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Di Malaysia para pekerja dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Bukankah ini negara berkebajikan? - UTUSAN

No comments:

Post a Comment