My Add

Saturday 17 November 2012

Bom tepi jalan: 17 penumpang bas terbunuh

KABUL, SABTU, 17 November, 2012: Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dengan sebahagian besar mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, dalam satu letupan bom tepi jalan yang dipercayai dilakukan pengganas al-Qaeda di barat Afghanistan, semalam.

Ketika kejadian, kebanyakan mangsa berada dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan ke sebuah majlis perkahwinan sebelum bom itu meletup di wilayah Farah.

``Jumlah mangsa terbunuh setakat ini adalah 17 orang dengan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak manakala 14 lagi cedera,’’ kata Ketua Polis Wilayah, Aqa Noor Kintoz. - AFP

No comments:

Post a Comment