My Add

Wednesday 21 November 2012

Bomoh ditangkap kerana didakwa rogol beberapa mangsa

KUALA LUMPUR, RABU, 21 November, 2012: Seorang penjaga tokong Cina berusia 50 tahun yang mendakwa kononnya boleh 'menurun' untuk membuang sial dan menilik nasib ditahan selepas beberapa wanita mendakwa dirogol oleh lelaki berkenaan dalam beberapa kejadian berasingan sejak April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki itu ditahan di sebuah tokong di Taman Sri Damansara di sini, Isnin lepas, selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berumur 20-an yang mendakwa dirogol September lepas.

"Dua lagi mangsa tampil membuat laporan yang sama pada April dan minggu lepas selepas didakwa dirogol oleh bomoh itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, modus operandi lelaki itu ialah dengan membawa mangsanya ke rumah atau hotel untuk diberi rawatan sebelum mangsa diberi minuman yang dipercayai mengandungi dadah.

"Lelaki itu merogol mangsanya ketika sedang khayal," katanya sambil meminta wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki tersebut supaya membuat laporan polis di mana-mana balai polis berdekatan.

Katanya, suspek yang positif dadah jenis mathamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit dadah, ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment