My Add

Friday 9 November 2012

Bunuh: Pengawal keselamatan, pekerja kantin bebas

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 09 November, 2012: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pengawal keselamatan dan seorang pekerja kantin daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Kota Masai, di sini, sembilan tahun lepas.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohd Eddy Mohamed, 30, dan Mohd Nazri Dempok, 26, dituduh membunuh Md Ridzuan Jumaat, 19, di padang permainan di Jalan Tembikai 17, Taman Kota Masai, antara pukul 10.15 malam dan 12 tengah malam, 3 Jun, 2003.

Terdahulu, Mohd Eddy dan Mohd Nazri diperintah membela diri atas tuduhan bunuh itu selepas Mahkamah Rayuan pada tahun ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan tanpa diminta membela diri pada 2007. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment