My Add

Wednesday 7 November 2012

Cadang tubuh Majlis Koordinasi Penguat Kuasa

PUTRAJAYA, SELASA, 06 November, 2012: Konvensyen Integriti Nasional yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini mencadangkan penubuhan Majlis Koordinasi Penguat Kuasa bagi membolehkan penyeragaman tugas-tugas penguatkuasaan oleh agensi berkenaan.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd. Yusof berkata, cadangan itu timbul kerana peserta konvensyen melihat terdapat agensi yang bertugas dalam bidang dan skop yang sama.

''Keadaan ini mungkin berlaku kerana ada dua atau tiga agensi yang meliputi perkara yang sama, kita sebenarnya boleh belajar daripada Strategi Lautan Biru di mana polis dan tentera telah bekerjasama di bawah strategi ini.

''Cadangan mengenai penubuhan majlis ini akan dipanjangkan ke agensi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup konvensyen tersebut hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment