My Add

Tuesday 20 November 2012

China didesak selesai pertikaian

 *NAJIB Tun Razak mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat dari China, Wen Jiaboa pada mesyuarat dua hala Malaysia-China sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 di Peace Palace di Phnom Penh, semalam. - BERNAMA

PHNOM PENH, ISNIN, 19 November, 2012: Negara-negara anggota ASEAN akan mendesak China mempercepatkan rundingan bagi menyelesaikan ke tegangan berhubung pertikaian ka wasan maritim yang menggoncang keamanan wilayah ini dan menutup usaha meningkatkan dagangan di rantau ini.

Pemimpin 10 negara anggota ASEAN dijangka membangkitkan isu mengenai pertikaian di kawasan maritim yang terletak di Laut China Selatan itu pada mesyuarat bersama Perdana Menteri China, Wen Jiabao, di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut merupakan satu acara penting yang dijadualkan pada pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 yang melibatkan pe mimpin-pemimpin ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Ru sia, India, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Presiden Amerika Syarikat, Ba rack Obama juga akan tiba di Phnom Penh tengah hari ini, selepas me ngadakan lawatan bersejarah ke Myanmar.

Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan, semalam berkata, blok itu akan mendesak China memulakan rundingan rasmi berhubung garis panduan dan undang-undang un tuk memulihkan ketegangan di Laut China Selatan secepat mungkin.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen membangkitkan cadangan ke pada Jiabao ketika mesyuarat dua hala di Phnom Penh malam tadi, bagaimanapun China kelihatan ti dak berganjak dengan pendirian nya.

Sementara itu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata, rundingan bagi menamatkan pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan hanya perlu diselesaikan antara negara-negara yang membuat tuntutan.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 di sini.

Menurut jurucakap Menteri Luar China, Qin Gang berkata, Jiabao menegaskan perkara itu dengan memetik beberapa prinsip yang termaktub dalam perjanjian antara ASEAN dan China pada 2002.

Antara prinsip yang beliau petik termasuklah 'menentang campur tangan antarabangsa terhadap isu di Laut China Selatan'.

Selain China, wilayah maritim di Laut China Selatan turut dituntut beberapa negara lain termasuk Malaysia, Brunei, Vietnam, Filipina dan Taiwan. - AFP

No comments:

Post a Comment