My Add

Saturday 17 November 2012

China kekal rakan dagang terbesar Malaysia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 November, 2012: Hubungan dagangan Malaysia dan China dijangka kekal kukuh pada tahun ini, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Malah, beliau berkata, China juga merupakan rakan dagang terbesar Malaysia.

"Sektor perniagaan di China akan terus kukuh untuk menjadi peneraju ekonomi di Asia,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga di sini hari ini.

Zeti diminta menjawab soalan pemberita mengenai China yang masih berwibawa untuk kekal menjadi pemimpin ekonomi Asia pada waktu ini.

Ketika ditanya sejauh mana garis panduan baharu BNM mengenai pinjaman membantu meletakkan paras hutang isi rumah pada paras sederhana, Zeti berkata, bank pusat itu turut memantau perkembangan tersebut   - UTUSAN

No comments:

Post a Comment