My Add

Friday 16 November 2012

Dakwaan CUEPACS tidak tepat

Oleh SOFIAN BAHAROM
 KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 November, 2012 Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyatakan pegawai kerajaan 'monyet' seperti didakwa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Sebaliknya, jelas beliau, kenyataannya itu adalah untuk mempertahankan hak seorang pegawai kerajaan, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang diberi notis pindah 24 jam tanpa alasan munasabah dan tiada kenaikan jawatan.

Katanya, notis pindah 24 jam itu memberi gambaran bahawa Mohamad Roslan telah melakukan kesalahan.

"Apa yang saya katakan adalah jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin pindahkan Datuk Bandar, mereka harus mendapat persetujuan kerajaan negeri.

"Orang yang dipilih sebagai Datuk Bandar mesti jujur, ikhlas dan berkebolehan menjalankan tugas tersebut terutama di Petaling Jaya, sebuah bandar raya dinamik, progresif dan mencabar. Bukan seorang yang tidak jujur, tidak amanah dan yang tidak boleh memimpin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment