My Add

Saturday 17 November 2012

Dakwaan rogol wanita Indonesia: Polis tak sembunyi sebarang maklumat

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 November, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan polis tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan kes tiga anggotanya yang dituduh merogol wanita warga Indonesia di Pulau Pinang, minggu lalu.

"Kita akan pastikan mereka dihadapkan ke mahkamah dengan dakwaan setimpal dan kita kutuk sekeras-kerasnya sekiranya mereka bertiga didapati bersalah mengikut prosedur sedia ada.

"Kita tidak mahu orang tengok kita sembunyikan perkara ini," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau sendiri memantau kes berkenaan dan meminta Ketua Polis Negara dan timbalannya supaya tidak menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan kes itu kepada umum.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab anggota polis terhadap tahanan tidak boleh diterima kerana ia menyebabkan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercalar.

Karnival tiga hari itu disertai lebih 237 syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan membabitkan penawaran lebih 40,000 peluang pekerjaan. - BH

No comments:

Post a Comment