My Add

Saturday 17 November 2012

DAP berpegang pada pelaksanaan Buku Jingga
KOTA BHARU, JUMAAT, 16 November, 2012: Pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas ternyata masih belum mempunyai pendirian yang tetap berhubung pelaksanaan hukum hudud dan syariat Islam sekiranya mereka dapat mengambil alih Putrajaya.

Kenyataan dua pemimpin kanan DAP hari ini jelas menunjukkan bahawa isu tersebut masih 'tergantung' biarpun Dewan Ulama Pas menegaskan bahawa hukum hudud serta syariat Islam akan dilaksanakan jika pembangkang memerintah Malaysia.

Pemimpin parti yang berteraskan kaum Cina itu menyifatkan mereka berpegang kepada pelaksanaan Buku Jingga yang diputuskan secara bersama dalam konvensyen pakatan pembangkang sebelum ini.

Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw berkata, beliau tidak tahu bagaimana isu hudud itu ditimbulkan kembali sedangkan ia telah diputuskan semasa konvensyen tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment