My Add

Tuesday 27 November 2012

DAP gesa Pas kaji semula perundangan

KUALA LUMPUR,  ISNIN, 26 NovEMBER, 2012: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Pas mengkaji semula penguatkuasaan perundangan Islam terhadap komuniti bukan Islam di Kelantan kerana isu tersebut menimbulkan keadaan tidak selesa dalam kalangan bukan beragama Islam.

Ketuanya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya juga akan membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat pakatan pembangkang dalam waktu terdekat ini.

“DAP minta Pas mengkaji semula undang-undang kecil itu kerana kita tidak mahu memberikan satu persepsi kepada orang bukan Islam bahawa undang-undang Islam itu terpakai untuk orang bukan Islam.

“Jadi sebab itu kerajaan Pas Kelantan perlu mengkaji semula isu ini supaya tidak dijadikan sebagai senjata politik buat Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment