My Add

Friday 16 November 2012

DAP hanya terima kedudukan Islam, bukan hudud

KOTA BAHARU, JUMAAT, 16 November, 2012: Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan Pas berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,".

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian , Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.

Semalam Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA - UTUSAN

No comments:

Post a Comment