My Add

Saturday 10 November 2012

DAP Pulau Pinang tidak jujur

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PULAU PINANG, JUMAAT, 09 November, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap tidak jujur ketika membuat tawaran kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri berhubung pembelian tanah di Taman Manggis, di sini.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, pihaknya terkejut apabila mendapati ketika tawaran berkenaan dibuat, kerajaan negeri sebenarnya telah menerima bayaran penuh daripada pemaju swasta untuk membeli lot tapak projek perumahan rakyat (PPR) seluas 0.45 hektar di Jalan Zainal Abidin itu.

"Mereka bersikap tidak jujur. Bagaimana mereka boleh beri tawaran kepada Pemuda BN sedangkan pada masa sama telah menerima bayaran penuh daripada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) dan perkara itu tidak dinafikan oleh kerajaan negeri.

"Lebih buruk lagi apabila kerajaan negeri turut menerima bayaran pendahuluan daripada Pemuda BN," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment