My Add

Wednesday 7 November 2012

Desak Perancis siasat Suaram

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 November, 2012: Kerajaan Perancis didesak supaya menyiasat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa membohongi sistem kehakiman negara itu berikutan mengheret isu pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib berkata, dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong baru-baru ini bahawa terdapat perancangan bersama antara Suaram dan sebuah syarikat guaman tempatan bagi mendakwa Suaram sebagai sebuah pertubuhan yang sah jelas usaha bagi membohongi sistem kehakiman Perancis.

"Terbukti Suaram bukan sebuah pertubuhan yang berdaftar, sehubungan itu Kerajaan Perancis diharap dapat meneliti kes ini dan menyiasat latar belakang Suaram.

"Sekiranya didapati telah membohongi sistem mahkamah, kerajaan Perancis mestilah mengambil tindakan tegas," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment