Oleh Muzdalifah Mustapha
KUALA LUMPUR, SABTU, 10 November, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalakkan para pelajar supaya lebih aktif dalam pembelajaran di luar bilik darjah bagi mengukuhkan pengalaman serta mempelajari kehidupan sebenar.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pembelajaran seperti itu dapat meningkatkan kemahiran yang penting untuk kehidupan di abad ke-21 kerana kaedah tersebut merangkumi kemahiran berfikir, penyelesaian masalah, pembelajaran kendiri serta kemahiran bekerja sebagai sebuah pasukan.
Melibatkan diri dalam bidang pertandingan seperti mereka cipta robot sememangnya membantu pelajar mempelajari dunia kehidupan sebenar.
Belajar melalui aktiviti mereka cipta, membina dan mengendalikan robot membantu pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan komputer, elektrikal dan mekanikal berteknologi tinggi yang sememangnya mempunyai permintaan tinggi dalam industri berkaitan," katanya.
Beliau berucap merasmikan Pertandingan Robot Olimpiad Dunia Kuala Lumpur (KL WRO 2012) yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam dengan memperlihatkan penglibatan sebanyak 405 pasukan dari 37 negara.
WRO kali kesembilan itu menyaksikan Malaysia buat julung kalinya menjadi tuan rumah sekali gus merupakan negara terbesar menghantar kontinjen dengan jumlah penyertaan sebanyak 56 pasukan untuk bertanding dalam pelbagai kategori.
Muhyiddin berkata, penganjuran WRO di Kuala Lumpur hasil kerjasama Kementerian Pelajaran dan Sasbadi Sdn. Bhd. tahun ini sememangnya bertepatan dengan agenda kerajaan menggerakkan pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi dengan mengisytiharkan Malaysia sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI2012).
Dalam masa sama, beliau berharap minat para pelajar dalam bidang sains dan teknologi dapat dikekalkan sehingga ke peringkat pengajian tinggi bagi memberi sumbangan lebih bermakna kepada negara.
Jelasnya, memandangkan robotik merentasi bidang disiplin lain seperti fizik gunaan, matematik dan kejuruteraan, pelajar secara tidak langsung telah diperluaskan kepada kokurikulum sains, teknologi dan matematik.
Robotik boleh dijadikan sebagai pilihan kerjaya yang ideal kerana bidang itu merangkumi pelbagai industri serta melibatkan kemahiran yang pelbagai dan yang pastinya tidak terhad kepada satu laluan kerjaya sahaja," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment