My Add

Monday 19 November 2012

Doa kehancuran: Pas hilang pertimbangan

KUALA LUMPUR, AHAD,, 18 November, 2012: Pas sudah hilang pertimbangan apabila sanggup mendoakan kehancuran UMNO yang dianggotai saudara seagama hanya kerana terlalu taksub dengan kuasa.

Walaupun kesal dan sedih dengan sikap Pas itu, para pemimpin UMNO ketika memberi reaksi terhadap perkara itu tetap menghormati mereka sebagai saudara seagama dan memohon kepada Allah supaya ahli-ahli parti itu diberi petunjuk dan hidayah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan Pas mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) memberi gambaran seolah-olah parti itu mahu menghancurkan serta memporak-perandakan hubungan sesama umat Islam.

Katanya, Pas sebenarnya semakin keliru dengan perjuangan mereka apabila tidak bersetuju agama Islam dihina di negara lain, tetapi mendoakan kehancuran sesama Islam di negara sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment