My Add

Monday 19 November 2012

Doa 'KO BN' boleh bawa perpecahan dahsyat

 *Doa 'KO BN' Pas

KUALA LUMPUR, AHAD, 18 November, 2012: Tindakan Pas mengadakan solat hajat dan doa supaya UMNO dihancurkan boleh menyebabkan perpecahan lebih dahsyat antara umat Islam di negara ini, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, tindakan Pas itu lahir daripada pemikiran sempit dan dikhuatiri akan dicontohi anggota parti yang taksub dan mengamalkannya di tempat masing-masing.

"Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindungi dan dipertahankan," kata beliau yang juga Presiden Jalur Tiga dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pas yang mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya Umno dan BN hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.

Hasan turut bimbang akhlak yang ditunjukkan pemimpin Pas yang bergelar ulama itu dicontohi generasi muda Muslim dan generasi akan datang dan membawa kesan buruk berganda kepada umat Islam di negara ini.

Pas patut sedar kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 didokong bukan sahaja oleh anggota mereka, tetapi atas sebab-sebab tertentu, oleh penyokong dan anggota Umno, katanya.


Pada ceramah perdana di Kampung Suluk, Teluk Kumbar, Pulau Pinang malam tadi, beliau berkata,.Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini


Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang.

"Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadipenentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.

"Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang, memenangkan mereka," katanya.  

Hasan yang merupakan bekas naib presiden Pas berkata, negara memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Beliau berkata, kajian menunjukkan penganjuran ceramah seumpamanya yang berterusan dilihat mampu menyampaikan mesej kepada rakyat sekaligus memberikan impak kepada pola pengundian rakyat pada PRU13.

Dalam perkembangan lain, Hasan mengkritik kepimpinan tertinggi Pas yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama, pada Muktamar Tahunan Pas ke-58.

"... saya sedih dalam Muktamar Pas yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?" katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment