My Add

Monday 19 November 2012

Doa orang hilang akal, hampir gila

KUALA LUMPUR, AHAD, 18 November, 2012: Doa meminta supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan yang dibaca adik Musyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Razi Nik Mat disifatkan sebagai doa orang hilang akal dan ‘hampir gila’.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, tidak ada dalam ajaran Islam yang meminta umatnya mendoakan kemusnahan atau kehancuran saudara seagama.

Katanya, tindakan Nik Razi itu juga cukup memalukan orang Islam.

“Masya-Allah, apakah dunia hampir kiamat, tidak ada kata-kata nak ulas, selain nampaknya Pas makin sesat dan hampir gila. Yang hadir ahli-ahli Pas pula turut mengaminkan doa, mereka ini tidak tahu apa-apa kerana emosi tidak bertempat.

“Sepatutnya kita berdoa untuk kehancuran Israel yang sedang menyerang umat Islam Palestin, bukannya sesama umat Islam di negara sendiri. Ini doa orang yang hilang akal atau hampir gila," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pas yang diketuai Nik Razi mendoakan kehancuran UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, Kelantan malam semalam.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment