My Add

Thursday 22 November 2012

Doa Pas dikhuatiri undang rasa benci rakyat kepada kerajaan

KUALA LUMPUR, RABU, 21 NovEMBER, 2012: Tindakan kepimpinan kanan dan ahli Pas yang sanggup mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) dianggap tidak masuk akal dan dikhuatiri mengundang rasa benci rakyat kepada kerajaan.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, tindakan Pas itu juga menunjukkan sifat ‘busuk hati’ parti itu dengan menanam politik kebencian.

“Islam sendiri tidak pernah mengajar umatnya membenci sesama sendiri atau penganut agama lain tetapi Pas pula mengajar pengikutnya membenci demi kepentingan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pas dalam solat hajat di Kota Bharu, Kelantan minggu lalu yang mendoakan kemusnahan UMNO serta BN seperti Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab dengan dipimpin adik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Razi.

Menurut Mohd. Ali, pemimpin Pas sekarang sudah jauh terpesong dari landasan sebenar penubuhan parti itu hanya kerana ingin menguasai Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment