My Add

Monday 26 November 2012

Dr. Mahathir jawab komen Alfred Willner

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 November, 2012: Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kepada Pemilik Euro Motors (Gibraltar) Limited, Alfred Willner bahawa tindakan beliau mempersoalkan kesahihan di sebalik peristiwa 11 September di Amerika Syarikat (AS) 11 tahun lalu adalah untuk mencari keadilan buat umat Islam sedunia.

Menurut Dr. Mahathir, ini kerana AS menggunakan alasan kononnya serangan keganasan oleh sebilangan masyarakat Arab ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York itu sebagai justifikasi untuk menyerang Afghanistan dan Iraq.

Oleh itu, beliau turut menasihatkan Willner supaya melayari pelbagai laman web dengan tema ‘9/11 truth’ (kebenaran 9/11) bagi mendapatkan kepastian mengenai tragedi itu.

“Layari laman web itu dengan fikiran terbuka. Perlu juga diingatkan bahawa kebenaran adalah penting kerana insiden itu menyebabkan Afghanistan dan Iraq diserang, ratusan ribu terbunuh, muslim dipandang serong dan didiskriminasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment