My Add

Friday 9 November 2012

Dua kedai makan, bengkel roti musnah dalam kebakaran di Perlis

KANGAR, JUMAAT, 09 NOVEMBER, 2012:: Dua kedai makan dan sebuah bengkel roti musnah dalam kebakaran di Balai Baru, Beseri dekat sini, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.45 petang dan bomba yang menerima panggilan jam 2.57 petang berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berhampiran.

Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Khairul Ariffin Che Ramli berkata, kebakaran dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya dalam tempoh lima minit dan punca kebakaran sedang disiasat.

Kerugian ditaksirkan kira-kira RM35,000. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment