My Add

Thursday 15 November 2012

Dua penoreh getah terima 'hadiah' paling bermakna sempena Maal Hijrah


ketika dipeluk anggota keluarga mereka selepas dibebaskan daripada tuduhan membunuh, di Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu, semalam. *MAT Ubidi Osman (kanan) dan Kamarulzaman Mamat (kiri) tidak dapat menahan sebak
KUALA TERENGGANU, RABU, 14 November, 2012: Ketibaan tahun baharu Hijrah membawa rahmat buat dua penoreh getah apabila terlepas daripada hukuman di tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini hari membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, dua tahun lalu.

Mat Ubidi Osman, 41, dan rakannya Kamarulzaman Mamat, 27, dibebaskan selepas Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa mendapati pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Zalina Awang @ Mamat gagal membuktikan prima facie atas tuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mat Ubidi dan Kamarulzaman didakwa membunuh Muda Mohd. yang juga seorang penoreh getah di dalam kawasan kebun di Lubuk Batu, Marang, dekat sini antara pukul 10 pagi dan 11 pagi, 19 Oktober 2010. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment