My Add

Saturday 17 November 2012

Dua rakyat Malaysia ditahan disyaki sindiket palsukan dokumen

MELBOURNE, SABTU, 17 November, 2012: Dua lelaki Malaysia ditahan kerana didakwa menganggotai satu sindiket antarabangsa untuk menghasilkan dokumen palsu.

Australian Associated Press melaporkan, warga Malaysia berusia 27 dan 26 tahun itu ditahan semalam dalam serbuan di sebuah rumah di Clayton, di pinggir Melbourne.

Mereka didakwa terlibat dalam kegiatan memalsukan dan memiliki peralatan untuk menghasilkan dokumen pengenalan palsu.

Looi dan Lee ditahan reman sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne pada tarikh yang akan ditetapkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment