My Add

Tuesday 6 November 2012

Dua remaja dituduh membunuh

*DUA remaja yang didakwa terlibat dalam kes pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar dibawa ke Mahkamah Kanak-Kanak, Alor Gajah, Melaka, semalam  -.Utusan/Mohammad Dzulhisham Che Hassim

Oleh Mohammad Dzulhisham
 Che Hassim
ALOR GAJAH 5 Nov. - Dua remaja berusia 14 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar sebaya mereka dalam pergaduhan di Stesen Bas Pulau Sebang, Tampin, bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menyebabkan kematian K. Saravannan, 14, di Tingkat 1, Perhentian Bas & Teksi, Pulau Sebang, kira-kira pukul 2.30 petang, 24 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Suspek kes bunuh warga emas direman di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, semalam.

Sementara itu di SHAH ALAM, polis menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh warga emas, Sadariah Tubasar, 65, yang mati selepas mukanya tumbuk, ditekup dengan bantal dan mulutnya disumbat tuala dalam kejadian pecah rumah di Sabak Bernam dekat sini awal pagi semalam.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah ladang menternak lembu di Slim River, Perak itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Mohamad yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sedang memburu seorang lagi suspek yang telah dikenal pasti identitinya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment