My Add

Wednesday 7 November 2012

Duta AS digesa beri maklum balas

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 November, 2012: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones digesa memberi maklum balas sama ada beliau mengetahui isu sebenar di sebalik pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Jones juga perlu menjawab persoalan sama ada pihaknya maklum akan jawatan itu yang sebenarnya dilantik oleh isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan bukan melalui pemilihan serta proses demokrasi.

"Kita juga meminta beliau (Jones) membuat pengesahan bahawa National Endowment for Democracy (NED) ditubuhkan semata-mata membiayai dan mempromosi proses serta amalan demokrasi untuk pertubuhan politik di seluruh dunia.

"Bagaimana NED boleh membiayai Anwar melalui Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jika jawatan Anwar di dalam parti dilantik isterinya sendiri," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment