My Add

Friday 16 November 2012

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga: Zeti
 
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 November, 2012: Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2012 berbanding 5.8 peratus yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata pertumbuhan

terjejas oleh permintaan luar yang perlahan yang menyebabkan penurunan lagi dalam eksport sebenar bersih barangan dan perkhidmatan. Permintaan domestik, bagaimanapun, terus menyediakan sokongan kepada pertumbuhan, disokong oleh prestasi penggunaan swasta yang menggalakkan dan aktiviti pelaburan oleh sektor awam dan swasta.

Semasa mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hari ini, Zeti berkata permintaan domestik berkembang 11.4 peratus pada suku ketiga berbanding 14 peratus pada suku sebelumnya.

Pertumbuhan bagi suku kedua 2012 disemak menaik kepada kepada 5.6 peratus daripada 5.4 peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment