My Add

Thursday 15 November 2012

Elak perpecahan, cari titik persamaan demi perpaduan ummah

PUTRAJAYA, KHAMIS, 15 November, 2012: Demi membina kekuatan dan perpaduan ummah, umat Islam perlu menyingkirkan sifat-sifat yang membawa perpecahan, sebaliknya mencari titik persamaan dan bukannya perbezaan serta berlaku adil dan ikhlas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, perpaduan memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan semangat penerimaan yang mendalam; mencari kebaikan bukan keburukan, kesempurnaan bukan kecacatan, sentiasa meraikan, memuji, menasihati, menegur dan jauh sekali meminggir, memaki, menghina atau menfitnah.

"Ia sejajar dengan sifat mulia yang diamalkan kaum Muhajirin dan Ansar.

Sesungguhnya kejayaan terbesar Hijrah ialah perpaduan tulen antara kedua-dua kaum, perpaduan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil berlaku kerana telah dibuktikan di dalam peristiwa Hijrah itu sendiri.

"Sifat mulia kaum Muhajirin ialah mereka menerima dan bersyukur dengan apa yang ada kerana mereka tidak membawa apa-apa sewaktu berhijrah," katanya semasa berucap sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment