My Add

Thursday 15 November 2012

Elak perpecahan, cari titik persamaan demi perpaduan ummah: Najib

PUTRAJAYA, KHAMIS, 15 November, 01:: Demi membina kekuatan dan perpaduan ummah, umat Islam perlu menyingkirkan sifat yang membawa perpecahan, sebaliknya mencari titik persamaan dan bukannya perbezaan serta berlaku adil dan ikhlas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Beliau berkata, perpaduan memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan semangat penerimaan yang mendalam; mencari kebaikan bukan keburukan, kesempurnaan bukan kecacatan; sentiasa meraikan, memuji, menasihati, menegur; dan jauh sekali meminggir, memaki, menghina atau pun menfitnah.

"Ia sejajar dengan sifat mulia yang diamalkan kaum Muhajirin dan Ansar. Sesungguhnya kejayaan terbesar Hijrah ialah perpaduan tulen antara kedua-dua kaum, perpaduan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil berlaku kerana sudah dibuktikan di dalam peristiwa Hijrah itu sendiri.

"Sifat mulia kaum Muhajirin ialah mereka menerima dan bersyukur dengan apa yang ada kerana mereka tidak membawa apa-apa sewaktu berhijrah," katanya ketika berucap sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment