My Add

Sunday 11 November 2012

Elaun ibu tunggal: MB Selangor digesa segera tunaikan janji

KUALA LUMPUR, SABTU, 10 November, 2012: Persatuan Ibu Tunggal Cempaka Biru (PITCB) Gombak dan Petaling menggesa kerajaan negeri Selangor melaksanakan segera pemberian elaun kepada golongan itu seperti dijanjikan sebelum ini.

Pengerusinya, Khatijah Mohd. berkata, janji itu terkandung dalam manifesto pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 di bawah perkara sosial dan kebajikan rakyat.

Sehubungan itu katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjelaskan mengapa sehingga kini iaitu selepas empat tahun, belum ada seorang ibu tunggal pun yang menerima elaun tersebut.

"Kami tidak menyangka pembangkang sanggup memainkan perasaan dan kesengsaraan ibu tunggal hanya kerana mahu meraih undi ketika pilihan raya yang akhirnya hanya janji kosong semata-mata," katanya dalam sidang akhbar berkenaan isu tersebut di pejabat PITCB, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment