My Add

Sunday 18 November 2012

Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang rumah sewa terbakar

BUKIT MERTAJAM, AHAD, 18 November, 2012: Enam buah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas sederet rumah sewa yang mereka diami di Kampung Kubang Semang, di sini musnah dalam satu kebakaran pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Perda Mohd Hadzi Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 10.35 pagi dan jentera pertama tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit.

"Ketika pihak bomba sampai api sedang marak berikutan enam buah rumah sewa dua tingkat itu terletak sederet. Api juga mudah merebak kerana tingkat atas rumah-rumah sewa terbabit diperbuat daripada papan.

"Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal api dari merebak ke rumah lain kerana rumah di kawasan terbabit terletak berhampiran. Kita padam keseluruhan kebakaran dalam masa sejam," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment