My Add

Friday 16 November 2012

Fahami falsafah peristiwa hijrah

*RAJA Dr. Nazrin Shah mengalungkan pingat anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Sheikh Mohd. Nor Mansor Al-Hafiz ketika Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Perak di Pengakalan Hulu, Gerik, semalam.

Oleh ROKIAH ABDULLAH 
GERIK, KHAMIS, 15 November, 2012: Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menyeru umat Islam supaya memahami falsafah di sebalik peristiwa hijrah supaya lebih berani melakukan penghijrahan minda dan sikap sekali gus mendorong potensi pembangunan ummah.

Baginda bertitah, sambutan Maal Hijrah tidak sewajarnya bercorak festival atau perayaan semata-mata sehingga ia tidak mencapai matlamat memberi kefahaman mengenai pengertian sebenar peristiwa bersejarah itu.

''Sering kali, sambutan yang diadakan sedikit sekali berjaya menerapkan fahaman dan falsafah yang terkandung di sebalik peristiwa hijrah serta mendalami pengertian di sebalik peristiwa itu," titahnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment