My Add

Wednesday 21 November 2012

Festival Belia Putrajaya 2013 Nilai tajaan melebihi RM35 juta

Oleh HASHNAN ABDULLAH
 BANGI,, SELASA, 20 November, 201: Festival Belia Putrajaya (FBP) 2013 yang dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia menjangkakan nilai tajaan melebihi RM35 juta sepanjang festival itu diadakan selama empat hari bermula 23 Mei depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, nilai tajaan tersebut adalah dalam bentuk tunai, barangan dan program atau acara yang diadakan sepanjang festival tersebut berlangsung.

"Saya percaya nilai tajaan tersebut akan terus bertambah kerana acara ikonik itu bukan hanya untuk belia tetapi pelbagai lapisan masyarakat umum akan hadir memeriahkannya.

"Ia bagaikan satu peluang terbaik kepada mana-mana syarikat, badan beruniform dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membina nama atau jenama masing-masing di kalangan pengunjung yang hadir," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment