My Add

Wednesday 14 November 2012

Gabenor NY kecewa bekalan elektrik belum pulih sepenuhnya

PEKERJA syarikat utiliti membaikpulih bekalan elektrik untuk
kemudahan penduduk setempat di Rockaway Beach, New York.
 - Foto Reuters
                         *SEORANG pekerja sedang menempatkan stok keperluan harian
                         dirak kedainya di Rockaway Beach. - Foto Reuters


NEW YORK, RABU, 14 November, 01:: Gabenor New York, Andrew Cuomo yang kecewa gangguan bekalan elektrik terlalu lama sejak Taufan Sandy melanda, hari ini melancarkan penyiasatan dikendalikan suruhanjaya terbaru terhadap kemudahan utiliti wilayah itu dan menyifatkan kesan kerosakan berkenaan memerlukan industri membuat banyak perubahan.
Bantahan orang ramai terhadap tindak balas syarikat utiliti mungkin memberi tekanan supaya perubahan disegerakan, Cuomo berkata, sesi taklimat diadakan untuk membuka sebahagian terowong yang menghubungkan Brooklyn dan Manhattan diselepas dinaiki air akibat taufan itu.

Kemarahan mangsa taufan semakin memuncak sejak badai taufan berkenaan pada 29 Oktober.

Pada ketika beratus ribu penduduk sudah mendapat semula bekalan elektrik, lebih 130,000 lagi masih bingung tanpa bekalan elektrik dan terpaksa berpanas.

Penduduk membuat aduan kerana mendakwa mereka keliru atau terlalu sedikit maklumat diberikan oleh syarikat utiliti. - Reuters.

No comments:

Post a Comment