My Add

Friday 9 November 2012

Gabung buat laporan polis bantah Nurul Izzah

*WAKIL Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor membuat laporan polis mengenai kenyataan Nurul Izzah berkenaan kebebasan beragama, di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 08 November, 2012: Lebih 15 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini hari ini terhadap kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama yang dikeluarkan minggu lalu.

Ketua Penerangannya, Abdullah Md. Yusof berkata, Gabung yang mewakili 320 NGO Melayu seluruh negeri itu membuat laporan polis pukul 3.36 petang dan meminta Nurul Izzah menarik balik kenyataan tersebut.

Beliau turut memohon agar Nurul Izzah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap seluruh umat Islam di negara ini atas kenyataan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment