My Add

Thursday 15 November 2012

Gadis miskin dipaksa jadi pelacur

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA  LUMPUR, RABU, 14 November, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan puluhan sindiket pemerdagangan orang yang aktif ke luar negara mencari penduduk tempatan untuk direkrut menjadi orang tengah bagi membantu mereka ‘menjerat’ gadis-gadis miskin untuk dilacurkan di negara ini.

Warga asing yang bersekongkol dengan sindiket terbabit akan pergi ke kawasan perkampungan terpencil di negara mereka untuk mencari wanita berusia bawah 30 tahun yang miskin dan ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah dengan upah lumayan iaitu mencecah AS$5,000 (RM15,000) di Malaysia.

Selain ‘menggula-gulakan’ gadis miskin terbabit dengan tawaran gaji lumayan, sindiket juga membiayai dahulu tiket penerbangan dan kos membuat pasport dengan syarat bayaran balik secara bulanan dibuat selepas mangsa mendapat pekerjaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment