My Add

Sunday 11 November 2012

Gempa bumi 7 magnitud gegar Myanmar

 BANGKOK, AHAD, 11 November, 2012: Gempa bumi berukuran 7 magnitud menggegar Myanmar, kira-kira 60 kilometer di barat laut Mandalay sebentar tadi, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun tiada laporan kerosakan atau kecederaan akibat daripada gempa itu dengan kedalaman kira-kira 10 kilometer.

Penduduk Mandalay, bandar kedua komersial terbesar di tengah Myanmar berkata, mereka merasai gegaran amat kuat pada kira-kira jam 7.30 pagi.

"Saya tidak pernah rasa gempa bumi begitu kuat. Saya juga dengar bunyi bising dan lampu tiba-tiba padam. Tidak dapat dipastikan kerosakan," katanya.

Sementara itu, penduduk di Bangkok turut merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan. - Reuters

Gempa bumi 4.3 magnitud gegar Kentucky, AS

LOUISVILLE: Gempa bumi berukuran 4.3 magnitud menggegar Kentucky, Amerika Syarikat dan turut melanda sekurang-kurangnya lapan negeri lain, pagi tadi.

Laman sesawang Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa itu ialah kira-kira 16 kilometer barat Whitesburg, berdekatan sempadan Virginia.

Penduduk di kedua-dua negeri termasuk West Virginia, Tennessee, North Carolina, South Carolina, Indiana, Ohio dan Georgia, turut merasai gegaran berkenaan. - AP

No comments:

Post a Comment