My Add

Wednesday 21 November 2012

Gunung berapi Tongariro meletus

NEW ZEALAND, RABU, 21 November, 2012: Gunung Berapi Tongariro yang terletak di tengah Pulau Utara, New Zealand meletus hari ini, menghamburkan kepulan asap hitam dan abu setinggi dua kilometer ke udara, lapor Jabatan Pemuliharaan.

Letusan itu menyebabkan tahap amaran gunung berapi berkenaan dinaikkan ke paras ‘aktiviti letusan kecil’, sementara kod untuk penerbangan ke tahap merah yang bermaksud ‘letusan boleh berlaku lagi dan abu mungkin dibebaskan ke udara’.

Beberapa media yang memetik sumber-sumber bagaimanapun melaporkan, letusan itu tidak mendatangkan bahaya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment