My Add

Sunday 18 November 2012

Hadi paling layak jadi Perdana Menteri

*ABDUL Hadi Awang (dua dari kiri) tersenyum melihat gelagat para peserta pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, SABTU, 17 November, 2012: Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam menegaskan, ahli-ahli Pas tidak sepatutnya berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah berdasarkan syariat.

"Kita meletakkan satu keyakinan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) seorang yang begitu berkaliber untuk memimpin sebuah negara lantas mengundang apa yang disebutkan sebuah negara yang baik, dasar kerahmatan dan pengampunan daripada Allah SWT," katanya sambil disambut dengan laungan takbir Allahuakbar oleh para perwakilan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Kenyataan Hairun itu mendapat sokongan beberapa perwakilan Pas yang ditemui.

Perwakilan Perak, Jamilah Sudin, 50, berkata, kenyataan tersebut sangat tepat kerana Abdul Hadi adalah pemimpin yang selayaknya menjawat jawatan itu.

Perwakilan Kapar, Mohamed Senu Saad, 40, pula berkata, sebagai seorang ahli Pas, dia sendiri mahukan pemimpin Islam untuk mentadbir negara ini dengan undang-undang Islam.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment